awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
Sekatan internet terhadap rakyat Iran hingga perang berakhir - Tehran
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tegaskan semula pendirian berhubung keamanan di Semenanjung Korea

Bernama
Bernama
04/09/2025
20:45 MYT
Malaysia tegaskan semula pendirian berhubung keamanan di Semenanjung Korea
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata beliau sempat bertegur sapa dengan Kim Jong Un ketika menyertai perarakan Hari Kemenangan China bagi memperingati 80 tahun berakhirnya Perang Dunia kedua, di Beijing, pada Rabu. - Instagram Anwar
PUTRAJAYA: Malaysia terus menyuarakan sokongan terhadap keamanan, kestabilan dan "denuclearisation" di Semenanjung Korea melalui cara diplomatik dan aman.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra berkata Malaysia mengulangi sokongan konsistennya terhadap dialog inklusif, kerjasama serantau dan pematuhan penuh terhadap undang-undang antarabangsa.
Menurut Kementerian Luar, pertemuan ringkas antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pemimpin Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) Kim Jong Un pada Rabu (3 Sept) di Majlis Memperingati Ulang Tahun ke-80 Kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia di Beijing adalah secara kebetulan semata-mata.
"Seperti yang telah dinyatakan oleh Perdana Menteri sendiri, tindakan beliau berjabat tangan dengan pemimpin DPRK itu adalah isyarat spontan pada acara rasmi yang turut dihadiri ramai pemimpin," menurut Wisma Putra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Kementerian Luar
#Anwar Ibrahim
#Kim Jong Un
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan