awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jaminan pembiayaan RM5 bilion, kelonggaran e-Invois bantu PMKS susulan krisis tenaga global - PM Anwar
Konflik Asia Barat: Beijing kritik tindakan AS tembak, rampas kapal kargo Iran
Kelewatan bagasi: MOT arah tambah baik protokol, infrastruktur di KLIA1
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Arab Saudi perluas pertukaran budaya, fokus kerjasama strategik

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2026
07:40 MYT
Malaysia-Arab Saudi perluas pertukaran budaya, fokus kerjasama strategik
Tiong King Sing (kanan) mengadakan mesyuarat bilateral bersama Menteri Kebudayaan Arab Saudi, Putera Badr Abdullah Farhan Al Saud - Foto MOTAC
Malaysia dan Arab Saudi terus mempergiat serta memperluas kerjasama dalam sektor kebudayaan dengan memberi tumpuan kepada beberapa bidang strategik yang berpotensi memberikan manfaat jangka panjang kepada kedua-dua negara.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata perkara itu menjadi antara fokus utama dalam mesyuarat dua hala bersama Menteri Kebudayaan Arab Saudi, Putera Badr Abdullah Farhan Al Saud.
Beliau menjelaskan, perbincangan tersebut merangkumi usaha memperluas program pertukaran budaya secara lebih menyeluruh, termasuk dalam bidang seni persembahan, warisan tradisional serta penglibatan penggiat industri kreatif dari kedua-dua negara.
“Selain itu, perbincangan turut merangkumi kerjasama dalam bidang penerbitan dan kesusasteraan bagi memperkukuh perkongsian ilmu serta memperluas capaian karya tempatan ke peringkat antarabangsa.
“Kedua-dua pihak juga meneliti potensi kerjasama dalam pembangunan institusi budaya termasuk muzium, galeri dan pusat warisan sebagai platform pemeliharaan serta pemerkasaan identiti budaya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, sokongan terhadap penglibatan Malaysia dan Arab Saudi dalam platform antarabangsa berkaitan warisan dan kebudayaan turut diberi keutamaan, sekali gus memperkukuh kedudukan kedua-dua negara di peringkat global.
Menurut King Sing, cadangan penganjuran program bersama seperti minggu kebudayaan, festival seni serta inisiatif pertukaran artis dilihat mampu menjadi medium efektif untuk memperkenalkan keunikan budaya kedua-dua negara kepada masyarakat dunia.
“Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman silang budaya, malah membuka peluang kepada penggiat seni untuk meneroka pasaran baharu,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Malaysia terus memberi penekanan kepada pembangunan pelancongan berasaskan budaya sebagai antara pemacu utama industri pelancongan negara.
Katanya, kerangka kerjasama sedia ada akan diperkukuh dengan memperhalusi pelaksanaan inisiatif yang dirangka bagi memastikan impak yang lebih mampan dan berkesan.
“Budaya dan pelancongan memainkan peranan besar sebagai jambatan hubungan rakyat ke rakyat. Kerjasama yang lebih tersusun ini diyakini mampu memperkukuh hubungan Malaysia dan Arab Saudi serta membuka lebih banyak peluang baharu pada masa hadapan,” ujar beliau.
Topic Berkaitan
#Tahun Melawat Malaysia 2026
#Visit Malaysia 2026
#Tiong King Sing
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan