awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di lima negeri menurun

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2024
23:45 MYT
Mangsa banjir di lima negeri menurun
Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 76 orang daripada 19 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di Bachok dan Pasir Mas. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan kepada 183 orang setakat pagi Isnin, berbanding 194 mangsa semalam.
Menurut info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),, angka terkini ini melibatkan 48 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri.
Negeri-negeri yang terjejas ialah Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Selangor.
Kelantan merekodkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 76 orang daripada 19 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di Bachok dan Pasir Mas.
Di Terengganu, seramai 55 mangsa daripada 15 keluarga berada di tiga PPS yang dibuka di Marang dan Dungun.
Johor mencatatkan 28 mangsa daripada lapan keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di Segamat.
Di Sarawak, seramai 18 mangsa daripada empat keluarga berlindung di sebuah PPS di Betong.
Sementara itu, Selangor merekodkan enam mangsa daripada dua keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di daerah Kuala Langat.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#jkm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan