awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
Piala Malaysia: JDT mara ke final buat kali keenam berturut-turut
Trump dakwa 'seluruh tamadun akan musnah malam ini' menjelang tarikh akhir perjanjian Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sabah berkurang kepada 6,462 orang pagi ini

Bernama
Bernama
01/03/2026
02:32 MYT
 Mangsa banjir di Sabah berkurang kepada 6,462 orang pagi ini
Beberapa rumah penduduk kampung yang terletak di tepi Sungai Padas, Beaufort, masih ditenggelami air banjir yang melanda daerah ini, 27 Feb 2026. --fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir di Sabah sedikit berkurang kepada 6,462 orang daripada 2,124 keluarga pada 8 pagi ini, berbanding 6,595 orang daripada 2,173 keluarga semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan 30 pusat pemindahan sementara (PPS) masih diaktifkan melibatkan tiga daerah iaitu, Beaufort, Membakut dan Tenom.
Di daerah Tenom, jumlah mangsa kekal tertinggi iaitu 4,931 orang, diikuti Beaufort (1,462) dan Membakut (69).
Untuk makluman, daerah Beaufort dan Membakut terletak di Pantai Barat Sabah, arah barat daya dari Kota Kinabalu, manakala Tenom berada di kawasan Pedalaman negeri itu.
Secara keseluruhan, jumlah kawasan terjejas akibat banjir di ketiga-tiga daerah terbabit kekal 155 kampung.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau mangsa terkorban dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Tenom
#PPS
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan