awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang

Bernama
Bernama
17/02/2024
13:03 MYT
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 418 orang
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri. - Bernama
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus mencatatkan peningkatan dengan 418 orang daripada 107 keluarga dilaporkan berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini berbanding 402 orang daripada 106 keluarga pagi tadi.
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), mereka ditempatkan di tiga PPS di selatan negeri.
"PPS Dewan Serbaguna Taman Malihah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 184 orang, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (174) dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru (60)," menurut laporan itu.
JPBN turut memaklumkan PPS Dewan Kampung Segong, Bau telah ditutup sepenuhnya pada 8.30 pagi tadi.
Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini pada pagi dan malam esok diramalkan hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Sarawak
#PPS
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan