awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
Sekatan internet terhadap rakyat Iran hingga perang berakhir - Tehran
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Tenom meningkat kepada 519 orang

Bernama
Bernama
26/11/2015
04:04 MYT
Mangsa banjir di Tenom meningkat kepada 519 orang
Paras air di Sungai Padas di Tenom setakat 7 pagi ini berada pada paras amaran 176.47 meter berbanding 176.98m petang semalam. - Gambar Fail
Seramai 519 penduduk daripada 150 keluarga di daerah Tenom dipindahkan ke enam pusat pemindahan selepas kawasan mereka dinaiki air.
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri (JPAM) Kolonel Mulliadi Al Hamdi Ladin hari ini berkata dua pusat pemindahan lagi dibuka iaitu Rumah Kebudayaan Saga dan Mandalom Lama, malam tadi.
Beliau berkata paras air di Sungai Padas di Tenom setakat 7 pagi ini berada pada paras amaran 176.47 meter berbanding 176.98m petang semalam.
Semalam, seramai 468 penduduk daripada 142 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara yang dibuka kira-kira jam 10 pagi.
Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan berkata empat pusat pemindahan yang dibuka itu ialah pusat pemindahan Ponontomon, Labut 1 dan 2 serta Lalandang.
Topic Berkaitan
#banjir
#Sungai Padas
#Tenom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan