awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2024
00:30 MYT
Mangsa banjir menurun kepada 481 orang di enam negeri pagi ini
Sebahagian penduduk Kampung Terusan, Pasir Mas, membina titi bagi menghubungkan kediaman mereka ke jalan utama sebagai langkah persediaan awal menghadapi musim tengkujuh. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mangsa banjir di seluruh negara berkurang kepada 481 orang daripada 116 keluarga di enam negeri setakat jam 6 pagi, pada Ahad.
Menurut info banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), antara negeri terjejas adalah Melaka, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Johor dan Selangor.
Di Melaka, sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka yang menempatkan 178 mangsa dari 51 keluarga selepas banjir melanda di daerah Melaka Tengah.
Banjir di Terengganu melibatkan 223 mangsa daripada 43 keluarga yang ditempatkan di 6 PPS yang dibuka.
Daerah terjejas adalah di Marang dan Dungun.
Sementara itu di Kelantan, seramai 44 daripada 12 keluarga ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka di Bachok.
Sarawak pula menempatkan 18 mangsa daripada empat keluarga di sebuah PPS yang dibuka di daerah Betong.
Johor menjadi negeri terbaharu terjejas banjir sejak Sabtu dengan 11 mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di Segamat.
Negeri terakhir terjejas banjir ialah Selangor yang membuka sebuah pps di daerah Kuala Langat bagi menempatkan tujuh mangsa daripada dua keluarga.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#mangsa
#jkm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan