awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa letupan lombong dikhuatiri maut kerana keracunan gas

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2014
12:29 MYT
Mangsa letupan lombong dikhuatiri maut kerana keracunan gas
Orang ramai berkumpul di sekitar lombong yang meletup ekoran masalah elektrik. -AFP PHOTO / IHLAS NEWS AGENCY
Usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa letupan lombong di Turki yang terperangkap bawah tanah kini masuk hari kelima.
Sehingga kini, 292 mayat sudah berjaya dikeluarkan dengan angka kematian dijangka semakin meningkat.
Salah seorang sukarelawan memberitahu usaha menyelamat mangsa menjadi perlahan disebabkan gas toksik yang masih belum dikeluarkan dari lubang yang meletup.
Pihak penyelamat juga terpaksa berhadapan dengan api marak dan gas karbon monoksida dalam usaha untuk sampai ke lokasi pelombong terperangkap.
Malangnya sehingga kini pihak menyelamat gagal menemui mangsa yang masih hidup.
Keadaan terbabit menyebabkan kebimbangan semua pelombong yang terperangkap bermungkinan sudah meninggal dunia memuncak.
Ketika letupan, lebih 780 pekerja lombong terperangkap pada kedalaman seribu meter dari permukaan bumi.
Sewaktu kejadian mereka sedang bersedia untuk bertukar shif.
Mangsa dipercayai maut bukan disebabkan letupan, tetapi disebabkan oleh keracunan gas.
Topic Berkaitan
#keracunan gas
#letupan lombong
#Soma
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan