awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
22/07/2022
01:45 MYT
Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat meninggal dunia
Bekas Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Idris Jusi meninggal dunia pada Khamis.
BEKAS Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Idris Jusi dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.
Berita pemergian Mohd Jusi dimaklumkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui perkongsiannya pada Khamis.
Anwar dalam hantarannya semalam turut menyatakan rasa duka dan mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham.
“Menerima khabar duka, sahabat lama saya yang juga mantan Ahli Parlimen Batu Pahat dan pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Mohd Idris Jusi telah meninggal dunia.
“Saya utuskan salam takziah kepada keluarga. Semoga mereka tabah menempuh dugaan ini.
"Moga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.”
Dalam kemas kini di Facebook lewat malam tadi, Anwar dilihat bersama ahli keluarga Allahyarham menantikan persiapan jenazah.
"Bersama keluarga Allahyarham Datuk Mohd Idris Jusi tatkala menunggu jenazah diuruskan sebelum di bawa ke Kepong untuk dikebumikan," tulis Anwar.
Allahyarham yang juga calon PKR sebelum ini pernah bertanding di kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dan menewaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Topic Berkaitan
#Mohd Idris Jusi
#Anwar Ibrahim
#Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat
#Parti Keadilan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan