awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maqis rampas 100 kotak daun bawang dari China

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
11/08/2021
01:31 MYT
Maqis rampas 100 kotak daun bawang dari China
Modus operandi yang digunakan adalah dengan meletakkan daun bawang bersama dengan pelbagai jenis sayur lain. - Foto ihsan Maqis
JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan sebuah kontena yang membawa masuk sayuran segar dari negara China di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), semalam.
Menurut kenyataan Maqis Negeri Johor, rampasan dibuat hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan pada jam 3 petang.
Katanya, siasatan menemukan 100 kotak sayur daun bawang seberat 1 tan yang dianggar bernilai RM5,184.97, cuba dibawa masuk tanpa permit import.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, modus operandi yang digunakan adalah dengan meletakkan daun bawang bersama dengan pelbagai jenis sayur lain yang mempunyai permit import bagi mengelirukan pegawai pemeriksa.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini," katanya.
Foto ihsan Maqis
Foto ihsan Maqis
Jika disabitkan, tambahnya, kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
"Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya," tambahnya.
Pihak Maqis menasihati agar semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di Malaysia.
Topic Berkaitan
#maqis
#Johor Bahru
#Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia
#daun bawang
#China
#rampas
#permit
#import
#sayur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan