awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MARA, KPT pantau isu pelajar tajaan di AS susulan polisi baharu Trump - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
11/06/2025
09:30 MYT
MARA, KPT pantau isu pelajar tajaan di AS susulan polisi baharu Trump - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata setakat ini KPT memberi jaminan bahawa kesan terhadap pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di negara berkenaan adalah sangat minimal. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi memantau perkembangan terkini berhubung pelajar tajaannya di Amerika Syarikat (AS), susulan pengenalan beberapa dasar dan polisi baharu oleh Presiden Donald Trump.
Pengerusinya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata setakat ini KPT memberi jaminan bahawa kesan terhadap pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di negara berkenaan adalah sangat minimal.
"Kita bekerjasama secara dekat dengan KPT kerana ini melibatkan hubungan antara kerajaan (government-to-government)... Kita bimbang dengan pelajar sedia ada di AS kerana polisi boleh berubah pada bila-bila masa, namun perkara paling penting adalah kita tidak mahu mendedahkan mereka kepada risiko yang lebih besar.
"Alhamdulillah, setakat ini tiada kesan ketara dan kita berharap situasi kekal begitu. Biar mereka tamatkan pengajian dahulu, tetapi bagi pelajar baharu, kita tangguhkan dulu penghantaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-Petronas (PUMP), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesan dasar tarif dan dasar imigresen baharu AS terhadap pelajar Malaysia yang sedang atau bakal melanjutkan pengajian di negara itu.
Pada 1 Jun lalu, Asyraf mengumumkan bahawa MARA mengambil keputusan untuk menghentikan sementara penghantaran pelajar tajaannya ke AS mulai tahun ini, dan perbincangan telah dimulakan dengan pelajar di kolej persediaan bagi menyalurkan mereka ke institusi pengajian tinggi di negara lain.
Sebelum ini, pentadbiran Trump mengeluarkan arahan untuk menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing dan mempertimbangkan langkah untuk menyaring pemohon baharu berdasarkan aktiviti media sosial pemohon.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MARA
#KPT
#pantau pelajar
#tajaan AS
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan