awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid Al-Aqsa dibuka semula selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel

Reuters
Reuters
09/04/2026
05:18 MYT
Masjid Al-Aqsa dibuka semula selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel
Masjid yang terletak di Kota Lama Baitulmuqaddis itu dibuka semula ketika waktu subuh, sekali gus membolehkan ratusan umat Islam Palestin memasuki kompleks Al-Haram al-Sharif. - Foto Reuters
Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur yang diduduki Israel dibuka semula kepada umat Islam pada Khamis selepas penutupan selama 40 hari yang dikenakan oleh Israel berikutan tindakan ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS)-Israel terhadap Iran.
Menurut Anadolu Ajansi (AA), masjid yang terletak di Kota Lama Baitulmuqaddis itu dibuka semula ketika waktu subuh, sekali gus membolehkan ratusan umat Islam Palestin memasuki kompleks Al-Haram al-Sharif.
Ketika pintu pagar dibuka seiring laungan azan subuh, sejumlah besar jemaah bergegas memasuki kawasan berkenaan, dengan ramai dilihat mengalirkan air mata serta melakukan sujud syukur di halaman masjid.
Ratusan umat Islam berbaris untuk menunaikan solat subuh, menandakan solat berjemaah pertama di lokasi itu sejak ia ditutup.
Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir menceroboh kompleks berkenaan pada 6 April ketika ia masih ditutup.
Israel menutup sepenuhnya akses ke Masjid Al-Aqsa pada 28 Feb lepas, bertepatan dengan serangannya ke atas Iran, dengan hanya membenarkan kakitangan masjid serta pegawai Wakaf Islam Baitulmuqaddis menunaikan solat di lokasi itu, manakala rakyat Palestin lain terpaksa menunaikan solat di masjid-masjid kecil di seluruh bandar berkenaan.
Pihak berkuasa Israel turut menghalang solat sunat Aidilfitri daripada diadakan di Masjid Al-Aqsa tahun ini, menandakan sekatan pertama seumpamanya sejak Israel menduduki Baitulmuqaddis Timur pada 1967.
Pihak berkuasa Israel juga menutup Gereja Holy Sepulchre, satu daripada tapak paling suci bagi penganut Kristian di Baitulmuqaddis, sepanjang tempoh yang sama.
Kerajaan Israel turut melanjutkan perintah darurat hingga pertengahan April, namun tidak menjelaskan sama ada masjid itu akan terus ditutup sepanjang tempoh berkenaan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Masjid Al-Aqsa
#dibuka semula
#jemaah
#solat
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan