awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Bernama
Bernama
22/03/2023
16:37 MYT
Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran
Kebakaran dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam Rabu. - Foto JBPM Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat sunat tarawih pertama malam ini, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7.17 malam.
"Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
"Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus," katanya.
Jurucakap itu berkata kebakaran dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam ini.
Semasa kejadian tiada jemaah masjid, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#kebakaran
#masjid
#Solat Sunat Tarawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan