awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mati main mercun, penjaga kanak-kanak berdepan tindakan - Rohani

Bernama
Bernama
27/06/2017
08:00 MYT
Mati main mercun, penjaga kanak-kanak berdepan tindakan - Rohani
ROHANI: Kita akan bertegas untuk ambil tindakan di atas pengabaian kerana membiarkan anak bermain seorang diri tanpa pengawasan. - Gambar fail
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini melahirkan kekesalan atas kematian seorang kanak-kanak akibat bermain mercun di sini baru-baru ini dan mahu tindakan tegas diambil terhadap yang berkenaan.
"Saya ingin maklumkan kes ini dalam siasatan polis di bawah Akta Kanak-Kanak (Kecuaian Ibu Bapa). Kita akan bertegas untuk ambil tindakan di atas pengabaian kerana membiarkan anak bermain seorang diri tanpa pengawasan orang dewasa atau ibu bapa," katanya.
Beliau ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini.
Mengulas lanjut, Rohani berkata beliau akan membawa kes itu untuk dibincangkan dalam Majlis Kanak-Kanak Malaysia yang dijangka bermesyuarat selepas sambutan Aidilfitri.
"Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersedia untuk memberi kaunseling kepada ibu bapa serta ahli keluarga adik Haiqal Hakim, mereka mungkin masih trauma dengan insiden tersebut," katanya.
Dalam kejadian tengah malam Ahad itu, seorang murid tahun enam maut akibat kecederaan di kepala selepas berlaku letupan kuat ketika dia bermain mercun di Kampung Bintawa Hilir, dekat sini.
Kejadian berlaku kira-kira 2.15 tengah malam ketika Haiqal Hakim Zolpaka, 12, bermain mercun seorang diri di luar kediaman ibu bapanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Kanak-kanak
#letupan
#mati
#mercun
#Rohani Abdul Karim
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan