awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maureen 'wanita besi' Marudi, pimpin 27 anggota bomba lelaki

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2020
06:24 MYT
Maureen 'wanita besi' Marudi, pimpin 27 anggota bomba lelaki
Maureen terlibat dalam ratusan operasi sejak menyertai pasukan beruniform 13 tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Melihat kepada fizikalnya yang sederhana mungkin tiada siapa menyangka tugas berat tersandar di bahunya.
Maureen Sim Ah Lian, 35, mengetuai 27 anggota bomba lelaki di Balai Bomba Marudi.
'Wanita besi' ini menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) sejak 13 tahun lalu. Sejak itu dia terlibat dalam ratusan operasi memadam kebakaran, menyelamat dan bantuan.
“Untuk kaum wanita masuk ke dalam kalangan kaum lelaki adalah satu cabaran yang sangat tinggi.
"Bagi kami (wanita) memerlukan kekuatan mental dan fizikal supaya kita dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan mereka," ujarnya.
Maureen turut berkongsi pengalamannya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dia dan pasukannya terlibat dalam operasi penghantaran bantuan ke rumah-rumah panjang di sini yang berkeluasan 22,036 kilometer persegi.
Baginya itu bukan bebanan tugas tetapi tanggungjawab yang mendekatkan lagi dirinya kepada masyarakat.
“Sebagai ketua bomba di kawasan pedalaman, sebagai seorang wanita tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan ini amat berat tapi saya ambil sebagai satu cabaran untuk saya.
"Ia satu peluang untuk saya lebih mendekati masyarakat terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman kawasan-kawasan yang memerlukan khidmat kami," jelasnya.
Ketika PKP ini juga, daerah Marudi berhadapan bencana banjir dan ini pastinya menguji kesiapsiagaan dan kepantasan pasukannya.
Balai Bomba Marudi antara balai yang pernah beberapa kali memenangi anugerah kecemerlangan peringkat Bomba Negeri Sarawak.
Topic Berkaitan
#bomba
#COVID-19
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Malaysia
#Marudi
#PKP
#Sarawak
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan