awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maut kemalangan selepas larikan telefon bimbit

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2023
13:11 MYT
Maut kemalangan selepas larikan telefon bimbit
Ismail berkata, pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Axia dilaporkan cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail. - Gambar fail/ Bernama
BATU PAHAT: Tindakan dua rakan cuba melarikan diri selepas mencuri telefon bimbit dipercayai punca kemalangan membabitkan tiga kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka maut.
Kemalangan di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong pada Isnin itu membabitkan sebuah kereta Proton Wira, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 dan Perodua Axia.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan mendapati Proton Wira dipandu lelaki berusia 31 tahun bersama rakan berusia 43 tahun cuba melarikan diri daripada dikejar oleh pemilik telefon bimbit berkenaan yang memandu Mazda CX-5.
Bagaimanapun beliau berkata, Proton Wira itu hilang kawalan apabila Mazda CX-5 yang mengekorinya terlanggar bahagian belakang kereta berkenaan.
"Proton Wira itu kemudiannya terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua Axia yang dinaiki sepasang suami isteri.
“Pertembungan itu menyebabkan penumpang hadapan Proton Wira itu maut di tempat kejadian sementara pemandunya mengalami kecederaan ringan," katanya.
Ismail berkata, pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Axia dilaporkan cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.
"Pemandu Mazda CX5 pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana melibatkan kematian.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan sekiranya ada mana-mana saksi awam yang melihat kejadian tersebut diminta untuk berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Asma’I Md Yusuff di talian 013-6550128," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#maut selepas mencuri
#Proton
#SUV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan