awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat bayi lelaki ditemui di tapak pelupusan sampah

Bernama
Bernama
15/09/2014
08:27 MYT
Mayat bayi lelaki ditemui di tapak pelupusan sampah
Polis tidak menolak kemungkinan mayat itu baharu diletakkan di tapak pelupusan itu berdasarkan keadaannya yang masih elok - Gambar Hiasan
Mayat seorang bayi lelaki yang masih lagi bertali pusat dijumpai di tapak pelupusan sampah di Tanjung Merit, Mersing, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkepli Hashim berkata mayat bayi itu dijumpai pada 9.30 pagi tadi oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang mencari barangan lusuh di kawasan itu.
"Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbungkus dengan surat khabar dan beg plastik," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Zulkepli tidak menolak kemungkinan mayat itu baharu diletakkan di tapak pelupusan itu berdasarkan keadaannya yang masih elok.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung penemuan itu.
Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Orang ramai diminta menghubungi hotline polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat.
Topic Berkaitan
#bayi
#jenayah
#pelupusan sampah
#polis
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan