awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat dipercayai warga asing ditemukan dalam semak

Bernama
Bernama
29/11/2022
15:23 MYT
Mayat dipercayai warga asing ditemukan dalam semak
Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dengan kesan kecederaan di kepala ditemukan dalam semak berhampiran Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang pagi tadi. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki dipercayai warga asing dengan kesan kecederaan di kepala ditemukan dalam semak berhampiran Institut Pengurusan Peladang, Tanjong Karang pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata polis menerima laporan dari orang awam berkenaan penemuan mayat tersebut jam 9.10 pagi dan hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap dalam semak dan terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala.
Beliau berkata mangsa dipercayai warga asing kerana tiada tanda suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) ditemukan pada mayat berkenaan.
"Berhampiran mayat yang berusia lingkungan 40an itu, terdapat sebuah motosikal jenis Modenas warna putih, berjarak lebih kurang tiga meter," katanya dalam kenyataan malam ini.
Ramli berkata hasil siasatan pakar forensik di tempat kejadian mendapati, kematian mangsa berpunca dari unsur jenayah berdasarkan kesan luka pada bahagian kepala dan mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat yang akan dijalankan pada jam 2 petang esok.
Beliau berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat warga asing
#ditemui dalam semak
#Institut Pengurusan Peladang
#Polis Daerah Kuala Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan