awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak

Sinar Harian
Sinar Harian
06/03/2024
04:10 MYT
Mayat ditemui dalam keadaan ngeri, sebahagian tubuh dimakan biawak
Siasatan awal mendapati, terdapat banyak kesan gigitan biawak pada tubuh mangsa. - Gambar/ JBPM
TELUK INTAN: Satu mayat ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian tubuh dimakan biawak di sebatang sungai dekat Batu 3½ Jalan Maharajalela di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penemuan mayat tanpa identiti itu dimaklumkan orang awam pada jam 12.05 tengah hari.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, terdapat banyak kesan gigitan biawak pada tubuh mangsa, malah bahagian muka juga sudah tidak lagi sempurna.
"Mangsa ditemukan tersangkut pada batang kayu di sungai itu dalam keadaan tanpa berpakaian. Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang pengenalan diri.
"Tempoh kematian mangsa tidak dapat dipastikan lagi dan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Ahmad Adnan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Teluk Intan dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian tidak dapat dipastikan berikutan keadaan mayat yang telah reput.
Katanya, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga terdapat bukti baharu kejadian itu.
"Mereka yang ada kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Teluk Intan, Inspektor Mohd Nurhalim Shamsuri di talian 05-6299222. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jumpa mayat
#Teluk Intan
#Ahmad Adnan Basri
#biawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan