awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway

Bernama
Bernama
08/11/2024
16:04 MYT
Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway
Wan Azlan berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung mayat lelaki yang tidak berbaju dan berseluar jeans biru itu sekitar 10.25 malam. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung mayat lelaki yang tidak berbaju dan berseluar jeans biru itu sekitar 10.25 malam.
"Terdapat beberapa tatu pada mayat tersebut iaitu di leher kiri berbentuk bintang, di lengan kiri bertulis "no money no honey", di pergelangan tangan kiri berbentuk pisau dan di bahu kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata tiada dokumen pengenalan diri dijumpai dan bedah siasat telah dijalankan namun punca kematian masih dalam siasatan.
"Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut oleh Ketua Polis Balai Bandar Sunway ASP Kwek Kian Yap," katanya.
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk membantu siasatan dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, diminta menghubungi Sarjan Mohd Zaidi Janai di talian 016-2153961 atau 03-7862 7222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#pengenalan diri
#saudara mara
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan