awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan di Gat Lebuh Macallum - Polis

Khalis Khadir
Khalis Khadir
09/03/2026
08:52 MYT
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemukan di Gat Lebuh Macallum - Polis
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata siasatan menyeluruh kes ini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di kawasan lapang belakang sebuah pangsapuri di Gat Lebuh Macallum, di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa yang mengalami kecederaan di kepala ditemukan pada 12.05 tengah malam oleh anggota Balai Polis Jalan Patani yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut.
“Siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri bersama mayat lelaki yang dipercayai warga asing berusia lingkungan 20-an itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bedah siasat oleh Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang (HPP) mengesahkan punca kematian akibat kecederaan daripada hentakan objek keras dan tumpul pada bahagian kepala.
Abdul Rozak berkata siasatan menyeluruh kes ini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Suhami Mat di talian 019-2327008.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#mayat
#bunuh
#cedera di kepala
#Abdul Rozak Muhammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan