awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan terapung di luar Pulau Rusukan Kecil

Bernama
Bernama
02/01/2021
16:30 MYT
Mayat lelaki ditemukan terapung di luar Pulau Rusukan Kecil
Mayat seorang lelaki yang tidak dikenali ditemukan terapung di laut di luar Pulau Rusukan Kecil, kira-kira dua batu nautika dari jeti Labuan pada pagi Sabtu. - BERNAMA
LABUAN:Mayat seorang lelaki yang tidak dikenali ditemukan terapung di laut di luar Pulau Rusukan Kecil, kira-kira dua batu nautika dari jeti Labuan pada pagi Sabtu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan DSP Mohd Ibrahim Ghani berkata mereka menerima laporan mengenai penemuan itu daripada orang awam kira-kira 10.30 pagi.
"Pasukan polis marin bersama-sama petugas kesihatan kemudiannya mengambil mayat yang berpakaian lengkap itu sebelum dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat," katanya malam ini.
Ibrahim berkata mayat itu tidak mempunyai tanda kecederaan.
"Oleh kerana tidak ada pengenalan diri, kami meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga agar membuat laporan di balai polis terdekat untuk membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#terapung
#Pulau Rusukan Kecil
#Labuan
#Polis Daerah Labuan
#Hospital Labuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan