awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam

Bernama
Bernama
07/02/2024
08:20 MYT
Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam
Polis menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di Taman Tasik Shah Alam pada 8.19 pagi tadi. -Bernama
SHAH ALAM: Polis menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di Taman Tasik Shah Alam pada 8.19 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam kenyataan berkata siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan lelaki itu disyaki warganegara asing kerana tidak mempunyai suntikan BCG pada bahu sebelah kiri.
"Pemeriksaan oleh pihak Forensik Selangor ke atas badan si mati mendapati terdapat kesan luka melecet pada leher di sebelah kanan dan kiri serta luka kecil pada pipi dan hidung.
"Tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh si mati yang boleh menyebabkan kematian si mati," katanya.
Mohd Iqbal berkata mayat itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat esok pagi bagi mengenal pasti punca kematian.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai penyiasat Insp Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-5113584," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taman Tasik Shah Alam
#mayat terapung
#warga asing
#suntikan BCG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan