awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat pekerja kilang dengan kesan jerut di leher ditemui dalam lombong

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/01/2019
13:25 MYT
Mayat pekerja kilang dengan kesan jerut di leher ditemui dalam lombong
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata kiri (lebam), lebam pipi kiri, kesan luka di telinga kiri dan kesan jerutan di leher. - Gambar hiasan
Polis menemui mayat seorang pekerja kilang yang disyaki dibunuh, dengan kesan jerut di leher di dalam sebuah lombong di Khantan Bharu, dekat sini, tengah hari Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner, Mohd Ali Tamby berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat lelaki berumur 23 tahun itu kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Menurut beliau, hasil siasatan awal bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian mata kiri (lebam), lebam pipi kiri, kesan luka di telinga kiri dan kesan jerutan di leher.
“Mangsa disyaki pergi ke tempat tersebut untuk memancing, joran pancing mangsa didapati telah dipatahkan, kawasan kolam tidak berpagar dan terbuka dan mayat mangsa dijumpai dalam jarak empat meter dari tebing lombong,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan petang Rabu.
Katanya, menurut bapa mangsa, lelaki itu keluar dari rumah kira-kira pukul 1.30 petang Selasa untuk pergi memancing.
Bagaimanapun, ujarnya, kira-kira pukul 3 pagi Rabu, bapa mangsa menyedari anaknya masih belum pulang ke rumah.
Pada Rabu pagi, bapa mangsa mula mencari mangsa di kawasan lombong Kanthan Bharu dan dengan bantuan anggota Balai Polis Kanthan Bharu, dapat mengesan motorsikal mangsa di kawasan lombong Kanthan Bharu.
Beliau menambah, selepas diteliti, dapati mayat mangsa berada di bawah semak di lombong tersebut.
“Tiada sebarang senjata dijumpai di tempat kejadian, tiada saksi yang melihat kejadian setakat ini dan kawasan kolam tersebut agak sunyi dan tidak berpenghuni."
Mohd Ali memberitahu, mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk tujuan bedah siasat yang dijadualkan pada pagi Khamis.
Tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#kesan jerut
#lombong
#mayat
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan