awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit

Bernama
Bernama
18/09/2023
08:26 MYT
Mayat tanpa identiti dipercayai dibunuh ditemukan di kebun kelapa sawit
Mayat dipercayai lelaki warga tempatan itu dijumpai kira-kira 10 pagi selepas orang awam terhidu bau busuk di tepi jalan berhampiran kebun kelapa sawit berkenaan. -Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Satu mayat tanpa identiti yang hampir reput dipercayai dibunuh, ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit di Pulau Sebang di sini Sabtu lepas.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata mayat dipercayai lelaki warga tempatan itu dijumpai kira-kira 10 pagi selepas orang awam terhidu bau busuk di tepi jalan berhampiran kebun kelapa sawit berkenaan.
"Mayat itu ditemukan berseluar jeans dalam keadaan berulat dan hampir reput dalam rimbunan semak samun.
"Siasatan kes ini pada asalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun hasil bedah siasat yang dijalankan pegawai perubatan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Alor Gajah mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan dan kepala mangsa dipercayai ditikam menggunakan objek tajam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini, tiada sebarang senjata ditemukan berhampiran lokasi kejadian penemuan mayat mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terhadap satu laporan polis berkaitan kehilangan seorang lelaki India warga tempatan yang dibuat keluarga mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Zainol berkata sehubungan itu, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) telah dijalankan terhadap keluarga pengadu terbabit bagi mengenal pasti identiti mangsa.
BACA: Anak hilang, ibu luluh dimaklumkan penemuan mayat
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah menerusi talian 06-5562222 atau menghubungi balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat tanpa identiti
#hampir reput
#dipercayai dibunuh
#kebun kelapa sawit
#Pulau Sebang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan