awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita dengan kesan luka ditemukan di pantai Pengerang

Bernama
Bernama
17/01/2026
15:51 MYT
Mayat wanita dengan kesan luka ditemukan di pantai Pengerang
Mayat wanita dengan kesan kecederaan pada bahagian paha kanan ditemukan di pantai berhampiran Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang pagi tadi.
KOTA TINGGI: Mayat wanita dengan kesan kecederaan pada bahagian paha kanan ditemukan di pantai berhampiran Lubuk Sepang, Bayu Damai, Pengerang di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan wanita terdampar dipercayai lemas di kawasan berkenaan pada kira-kira 10.40 pagi.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian paha kanannya. Identiti mangsa masih dalam proses pengesahan dan punca kematian sedang disiasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat akan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat pada 9 pagi esok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Yusof meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga supaya menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Hafizi Said di talian 017-925 2768 atau mana-mana balai polis berdekatan atau Hotline Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di 07-8831222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat wanita
#kesan luka
#pengerang
#Lubuk Sepang Bayu Damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan