awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/07/2024
01:30 MYT
Mayat wanita warga Thailand ditemukan ditembak
Lokasi kejadian mayat seorang wanita warga Thailand ditemukan dengan kesan tembakan di badan di kawasan Durian Burung, Padang Terap, semalam. - Foto PDRM
PADANG TERAP: Mayat seorang wanita dipercayai ditembak ditemui di kawasan Durian Burung, di sini, pada Sabtu.
Mayat mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan terbaring di tepi jalan di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Seperitendan Mulkiaman Manzar yang mengesahkan kejadian berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu pada jam 7 petang semalam.
“Sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang wanita dalam keadaan terbaring dengan kesan tembakan di badan.
“Hasil siasatan, wanita terbabit dipercayai warga Thailand. Namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mulkiaman berkata, mayat wanita itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.
Polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dijangka mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat bagi memberi maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#tembak
#warga Thailand
#mayat
#Padang Terap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan