awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak 135 mata asas kepada 3.96 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Polis kesan pemandu riba wanita dalam bas ekspres
Langgar lari polis trafik: Inspektor ditahan ada masalah mental
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank tawar cuti berbayar kepada pekerjanya yang terlibat aktiviti kesukarelawanan

Bernama
Bernama
21/12/2022
07:48 MYT
Maybank tawar cuti berbayar kepada pekerjanya yang terlibat aktiviti kesukarelawanan
Bagi terus menggalakkan dan memperkasakan warga Maybank, dasar tersebut membenarkan mereka menjadi sukarelawan di tempat, pilihan dan masa atas pilihan mereka sendiri. - Bernama
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menawarkan warga kerjanya pilihan cuti berbayar selama sebulan setiap tahun untuk meneruskan inisiatif kemampanan dan kesukarelawanan jangka panjang.
Maybank dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berkata ia adalah sebahagian daripada usaha bank itu dalam memberi galakan kepada pekerjanya melibatkan diri dalam aktiviti yang diterajui kelestarian dan pada masa sama menggalakkan pemikiran mampan dalam kalangan warga kerja Maybank.
Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Datuk Nora Abd Manaf berkata bagi terus menggalakkan dan memperkasakan warga Maybank, dasar tersebut membenarkan mereka menjadi sukarelawan di tempat, pilihan dan masa atas pilihan mereka sendiri.
Selain itu, kakitangan bank itu diberi pilihan 1+1, di mana tambahan sebulan lagi boleh digunakan setelah mendapat kelulusan oleh pihak pengurusan yang berkaitan.
Maybank komited untuk mencapai satu juta jam setahun bagi kemampanan dan menyampaikan seribu hasil penting berkaitan matlamat pembangunan mampan (SDG) menjelang 2025.
Setakat 30 September 2022, kakitangan Maybank telah melepasi sasaran tahunan dengan mencatatkan 1.09 jam kemampanan, kira-kira 56 peratus daripada jumlah jam diluangkan untuk aktiviti yang menyumbang secara langsung kepada komitmen kemampanan jangka panjang kumpulan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#kesukarelawan
#cuti berbayar
#pemikiran mampan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan