awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MB Selangor terbuka terima kritikan isu rumah ibadat haram - Zainul Rijal

Sinar Harian
Sinar Harian
17/02/2026
15:09 MYT
MB Selangor terbuka terima kritikan isu rumah ibadat haram - Zainul Rijal
Amirudin (dua, kanan) mengadakan pertemuan dengan Zainul Rijal (dua, kiri) semasa pertemuan pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Sikap terbuka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menerima kritikan dan mendengar cadangan dengan penuh perhatian menjadi titik penting dalam usaha menangani isu rumah ibadat haram di negeri ini.
Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pertemuan dan diskusi yang diatur sendiri oleh Menteri Besar itu berlangsung dalam suasana harmoni dan profesional.
Menurutnya, beliau turut membangkitkan kenyataan terdahulu yang pernah dikeluarkan Menteri Besar dan diberikan penjelasan lanjut berhubung situasi sebenar.
"Apa yang penting, beliau (Amirudin) terbuka menerima kritikan yang dikemukakan serta mendengar dengan penuh perhatian cadangan dan solusi yang dibentangkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Zainul Rijal berharap perbincangan itu menjadi permulaan kepada tindakan susulan yang lebih menyeluruh demi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan secara berhemah dan berlandaskan undang-undang.
Sementara itu, Amirudin dalam hantaran di Facebook berkata, beliau mengambil pendekatan proaktif dengan menghubungi Zainul Rijal yang juga Pengerusi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) bagi mengadakan pertemuan susulan pelbagai reaksi diterima selepas Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor baru-baru ini.
Amirudin berkata, sejurus kenyataan media dikeluarkan selepas mesyuarat itu, beliau meneliti sendiri pandangan masyarakat termasuk daripada Zainul Rijal.
"Perbincangan berlangsung secara santai tetapi penuh input dan bermanfaat,” katanya.
Menurut beliau, kerajaan negeri meraikan semua pandangan yang dikemukakan demi memastikan penyelesaian tuntas dapat dicapai.
Katanya, kerajaan negeri optimis setiap isu boleh ditangani dan diselesaikan dengan baik melalui percambahan idea secara terbuka, matang dan konstruktif.
Sinar Harian pada 13 Februari lalu melaporkan, Zainul Rijal menegur dan mempersoalkan kenyataan Amirudin berhubung isu rumah ibadat yang dibina tanpa kelulusan.
Beliau berkata, kenyataan itu didakwa bertentangan dengan hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan berkaitan pemilikan tanah serta hak menikmati pemilikan tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zainul Rijal Abu Bakar
#Amirudin Shari
#Perlembagaan Persekutuan
#rumah ibadat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan