awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MBS bantu kerajaan hulur sumbangan, tiada yang tercicir

Astro Awani
Astro Awani
29/06/2020
03:29 MYT
MBS bantu kerajaan hulur sumbangan, tiada yang tercicir
MBS berperanan membantu kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan terkesan akibat COVID-19. - Foto ihsan MBS
Lebih 35,000 ketua keluarga menerima manfaat daripada Program Dapur Belia Sabah yang diselaraskan oleh Majlis Belia Sabah (MBS) sepanjang pandemik COVID-19.
Pengerusi Tetap MBS, Mazlan Joehari Manan berkata, program itu merupakan usaha pihaknya dalam membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan yang terjejas ketika pandemik tersebut.
Jelasnya, dana RM100,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri Sabah kepada MBS dalam melancarkan program tersebut.
"kita ada grassrot di lapangan untuk bergerak, kita boleh rujuk kepada mereka golongan yang perlu mendapat bantuan. Kita tahu Kerajaan Pusat dan negeri ada memberikan bantuan tetapi MBS memainkan peranan bagaimana kita mahu mencari lagi golongan-golongan yang tercicir daripada bantuan tersebut.
"Kita mahu memastikan rakyat tidak terlalu terbeban dengan pandemik ini," katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Tambah Mazlan lagi, bantuan yang diberikan MBS tidak terhad sekali sahaja dan pihaknya akan mengambil kira latar belakang selain jumlah isi rumah penerima.
Sambil memberi contoh di Sipitang, Mazlan berkata, MBS ada memberikan sebuah rumah yang terdiri daripada sembilan keluarga lebih daripada dua kali.
"Timbul juga persoalan kenapa penerima ini terima dua kali. Sebuah rumah itu ada sembila keluarga dan kalau kita bagi sebakul makanan sudah pasti tidak mencukupi. Itu sebab kita bagi dua atau tiga kali bakul makanan ke rumah tersebut," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai senario penghijrahan anak muda Sabah ke Semenanjung, Mazlan berkata, peluang pekerjaan yang luas menjadi tarikan bukan golongan itu berhijrah.
Oleh itu, katanya, adalah penting untuk kerajaan negeri melihat perkara tersebut dan membuka peluang pekerjaan lebih banyak di Sabah.
Topic Berkaitan
#bantuan rakyat
#COVID-19
#Dapur Belia Sabah
#Kota Kinabalu
#Majlis Belia Sabah
#Mazlan Joehari Manan
#Sipitang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan