awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal:  Reman 3 suspek disambung
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCMC nafi arah rampas telefon Syed Saddiq

Hakim Rahman
Hakim Rahman
23/05/2021
04:14 MYT
MCMC nafi arah rampas telefon Syed Saddiq
SKMM selaku agensi teknikal dalam membantu siasatan pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk merampas bahan bukti.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa ia telah mengeluarkan "arahan" kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk merampas telefon bimbitnya dalam siasatan terhadap kenyataan beliau menuntut keadilan isu kematian A Ganapathy.
Katanya, MCMC selaku agensi teknikal dalam membantu siasatan pihak PDRM tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk merampas bahan bukti yang diperlukan PDRM untuk melengkapkan siasatan mereka.
"Sebaliknya, MCMC akan terus mengemukakan bantuan dan syor teknikal, sesuai dengan keperluan siasatan, secara telus tanpa sebarang agenda terlindung termasuk agenda politik," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pada Sabtu, Syed Saddiq mempersoal tindakan polis yang merampas telefon bimbitnya untuk akses kepada akaun media sosial serta kad sim miliknya meskipun dia memberi kerjasama penuh.
Beliau juga menyatakan kebimbangan apabila dimaklumkan pegawai penyiasat bahawa arahan rampasan itu datang daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Saya tidak pasti sama ada merampas telefon bimbit dilakukan secara sah atau tidak, saya serahkan perkara itu kepada peguam. (Soalnya) kenapa nak rampas telefon saya?
"Bagi saya (merampas telefon bimbit) tidak perlu kerana saya secara sukarela membenarkan mereka mengakses akaun saya,"
BACA: "Kenapa rampas telefon bimbit saya?"
Menurutnya, sebagai bekas pegawai kerajaan, dia mempunyai pengalaman bagaimana penyalahgunaan boleh berlaku di MCMC untuk tujuan gangguan politik dan kempen sabotaj.
Dakwaan kewujudkan unit khas dalam suruhanjaya itu untuk tujuan politik, gangguan politik, kempen sabotaj dan lain-lain itu bagaimanapun dinafikan MCMC.
"SKMM berperanan untuk mengawal selia peraturan industri berdasarkan kuasa yang termaktub di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (ASKMM) 1998 dan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 serta susunan organisasi SKMM dibentuk dan disusun sesuai dengan peranan kawal selia yang dilaksanakan oleh MCMC," katanya.
Topic Berkaitan
#PDRM
#Muar
#media sosial
#siasatan
#MCMC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan