awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Pengarah dan pegawai kanan JUPEM didakwa minggu depan - SPRM
Selat Hormuz dibuka: 'Terima kasih, sekatan Iran kekal hingga rundingan selesai' - Trump
PKR ucap tahniah Kedah turut laksana dasar penjimatan dalam perbelanjaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MCW buat laporan polis, desak siasat Victor Chin, Abu Hanifah ambil tanggungjawab

Bernama
Bernama
17/04/2026
11:20 MYT
MCW buat laporan polis, desak siasat Victor Chin, Abu Hanifah ambil tanggungjawab
Jais berkata laporan berkenaan melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana syarikat berjumlah RM303.7 juta dalam tempoh sekitar November 2024 hingga September 2025. - Foto MCW

Malaysia Corruption Watch (MCW) hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berhubung dakwaan serius penyalahgunaan dana syarikat serta kemungkinan penyelewengan kewangan melibatkan NexG Bhd (NexG).

Presiden MCW, Jais Abdul Karim berkata laporan berkenaan melibatkan dakwaan penyalahgunaan dana syarikat berjumlah RM303.7 juta dalam tempoh sekitar November 2024 hingga September 2025.

Beliau berkata pihaknya meminta agar siasatan menyeluruh dijalankan berikutan wujud beberapa transaksi yang mencurigakan, termasuk pinjaman melalui MMR Capital, pelaburan dalam Classita serta pembelian saham MMAG daripada pihak berkaitan.

"Ia menimbulkan persoalan dari segi tadbir urus dan potensi konflik kepentingan, lebih-lebih lagi apabila transaksi berkenaan berlaku dalam tempoh syarikat mencatatkan kerugian nilai saksama dan kerugian bersih yang ketara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada masa sama, Jais menambah MCW turut menggesa Ketua Pegawai Eksekutif NexG, Datuk Abu Hanipah supaya tampil bertanggungjawab dan memberikan penjelasan berhubung dakwaan kepincangan yang didakwa berlaku ketika Victor Chin Boon Long memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat itu.

Mengulas lanjut, Jais berkata isu berkenaan bukan sahaja menyentuh integriti sektor korporat, malah berpotensi menjejaskan imej negara, keyakinan pelabur serta kepercayaan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang.

Kontroversi membabitkan Victor Chin semakin memuncak apabila Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan sebelum ini melabelkan beliau sebagai ‘syaitan korporat’ dalam satu sidang media khas, selain menafikan sebarang kaitan dengan dakwaan skandal “Mafia Korporat”.

Ramanan turut menyifatkan dakwaan yang dibangkitkan ahli perniagaan itu sebagai cubaan mengalihkan perhatian daripada siasatan pihak berkuasa.

Isu itu turut melibatkan transaksi saham MMAG Holdings Bhd apabila isteri Victor Chin, Chan Swee Ying, didakwa melupuskan 9.53 peratus kepentingan bersamaan 220 juta saham bernilai RM88.22 juta kepada NexG.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengesahkan pihak berkuasa sedang menjejaki Victor Chin susulan dakwaan penglibatannya dalam sindiket pengambilalihan paksa syarikat.

Topic Berkaitan
#Skandal NexG
#Victor Chin Boon Long
#MCW
#dakwaan penyelewengan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan