awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media bantu perkukuh keyakinan awam terhadap agensi penguatkuasaan

Bernama
Bernama
13/03/2026
13:37 MYT
Media bantu perkukuh keyakinan awam terhadap agensi penguatkuasaan
Cabaran landskap jenayah yang semakin kompleks menuntut media memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa, kata M. Kumar. - Gambar fail
Cabaran landskap jenayah yang semakin kompleks menuntut media memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar.
Beliau berkata, evolusi jenayah daripada fizikal kepada digital, daripada bersifat tempatan kepada rentas sempadan serta daripada kes terpencil kepada kegiatan yang lebih terancang menjadikan kerjasama antara agensi penguatkuasaan dan media semakin kritikal.
“Kita tidak dapat menafikan bahawa landskap jenayah masa kini semakin kompleks dan dalam konteks ini, media memainkan peranan yang penting bukan sahaja menyampaikan maklumat kepada masyarakat, malah turut membentuk persepsi awam serta tahap keyakinan masyarakat terhadap agensi penguatkuasaan, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Iftar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersama media daripada Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) di Mes Pegawai Bukit Aman, di sini, pada Jumaat.
Kumar menekankan, dalam menyampaikan laporan berkaitan jenayah, aspek pemilihan masa dan pendekatan penyampaian maklumat perlu diberi perhatian agar tidak menjejaskan kepentingan awam serta proses siasatan yang boleh memberi implikasi besar terhadap proses keadilan dan keselamatan masyarakat.
“Bagi menggalas amanah ini, kita harus sedar bahawa pemilihan waktu atau ‘timing’ adalah segala-galanya, kita perlu bijak menilai apa yang perlu diperkatakan dan bilakah waktu yang paling sesuai untuk menyampaikannya agar tidak menjejaskan kepentingan awam.
“Dalam kita bekerjasama untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat, kita juga perlu menilai situasi semasa, sentimen dan perkataan yang perlu digunakan dalam penyampaian maklumat tersebut,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Media
#keyakinan awam
#agensi penguatkuasaan
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan