awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
Orang awam dilarang guna siren atau lampu kecemasan, boleh dikenakan tindakan - Bukit Aman
“Inspiring Billionaire” : Gambaran mustahil Ananda Krishnan kini jadi ikonik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media utama Malaysia bergabung dalam kempen Malaysia #QuranHour

Hilal Azmi
Hilal Azmi
23/05/2017
12:11 MYT
Media utama Malaysia bergabung dalam kempen Malaysia #QuranHour
Wakil-wakil media memegang poster 'World #QuranHour' bagi deklarasi Sinergi Media untuk kempen QuranHour pada majlis Taklimat Sinergi Media Untuk QuranHour di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf hari ini. - Foto BERNAMA
Sepuluh media utama Malaysia termasuk Astro AWANI bergabung bersama Kumpulan Media Karangkraf bagi menjayakan kempen Malaysia #QuranHour.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya digerakkan media utama negara.
"Usaha memulihkan negara perlu dimulakan dengan memulihkan gaya hidup umat Islam melalui pemahaman mendalam kitab Al-Quran.
"Bila semua media bergabung dan kempen berjalan serentak, gelombang luar biasa akan terhasil kerana kita mahu gerakkan kesedaran bukannya majlis membaca Al-Quran semata-mata.
"Ini kempen membawa orang Islam mendekati Al-Quran," katanya dalam sidang media selepas Sesi Taklimat Sinergi Media Malaysia #QuranHour.
Kempen Malaysia #QuranHour tahun ini bertemakan 'Bangsa Berbudi dan Penyayang' turut sama digerakkan melalui Rumah Ngaji dan Sahabat Quran yang mula digerakkan sejak 2015.
Kemuncak acara Malaysia #QuranHour bakal disambut di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 24 Ramadan ini bermula jam 12 tengahari.
Visi utama kempen ini, semua umat Islam memperuntukkan sejam sehari untuk membaca, memahami dan mendalami ilmu Al-Quran sebagai wadah refleksi diri ke arah pembentukan nilai Muslim sejati.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Kumpulan Karangkraf
#QuranHour
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan