awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Iran permudah pergerakan kapal negara bukan musuh melalui Selat Hormuz - Kementerian Luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanik maut motosikal bertembung van polis di Rompin

Bernama
Bernama
02/04/2026
02:39 MYT
Mekanik maut motosikal bertembung van polis di Rompin
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit nahas dengan kenderaan polis di hadapan stesen minyak di Kilometer 134, Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin pada Rabu. - Foto PDRM

Seorang mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah van polis di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Johor Bahru di Rompin, semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Mondoi berkata mangsa Mohd Faizal Ismail, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dalam kejadian kira-kira 7.20 malam itu.

“Siasatan awal mendapati van tersebut yang dipandu anggota polis berusia 26 tahun bersama lima penumpang lain itu dalam perjalanan dari Maran menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin sebelum membelok ke kanan untuk memasuki sebuah stesen minyak di Bandar Rompin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu van itu telah memberi laluan kepada beberapa kenderaan lain dan dipercayai menganggap keadaan selamat untuk memasuki stesen minyak berkenaan, namun motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan telah melanggar bahagian kiri van berkenaan.

Sharif Shai berkata semua anggota polis dalam kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan, dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Nahas
#van polis
#bertembung
#Sharif Shai Mondoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan