awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suri rumah mengaku tidak bersalah tipu urusan tempahan barang emas RM173,500
Lelaki diberkas kes gangguan seksual di MRT Kajang
Pengawal keselamatan maut dipukul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanisme libat urus antara pihak berkuasa, badan agama perlu diwujudkan - Aaron

Astro AWANI
Astro AWANI
31/03/2026
11:28 MYT
Mekanisme libat urus antara pihak berkuasa, badan agama perlu diwujudkan - Aaron
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mencadangkan supaya satu mekanisme libat urus yang lebih tersusun diwujudkan antara pihak berkuasa dan badan-badan agama di peringkat nasional.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang mencadangkan supaya satu mekanisme libat urus yang lebih tersusun diwujudkan antara pihak berkuasa dan badan-badan agama di peringkat nasional.
Aaron menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata cadangan itu akan diutarakan dan dibincangkan bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming esok.
“Pendekatan ini penting bagi memastikan setiap isu dapat ditangani secara inklusif dan mengurangkan salah faham serta menjamin keharmonian negara,” katanya selepas mengadakan perjumpaan bersama Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST).
Perjumpaan itu bertujuan membincangkan beberapa isu semasa, termasuk perkara-perkara berkaitan rumah ibadat selain Islam.
Aaron berkata dalam pertemuan itu, MCCBCHST turut menegaskan bahawa mereka mendukung tinggi kerangka undang-undang negara yang sedia ada.
“Namun demikian, mereka memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih berhemah, konsultatif dan sensitif, khususnya sebelum sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Ago Dagang
#pbt
#libat urus
#MCCBCHST
#rumah ibadat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan