awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Memang benar Pulau Pinang dipajak" - Sanusi tempelak RSN Rayer

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
16/02/2023
08:00 MYT
"Memang benar Pulau Pinang dipajak" - Sanusi tempelak RSN Rayer
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk sentiasa membuat laporan polis berhubung isu pajakan membabitkan negeri itu dan Pulau Pinang. - Gambar Astro AWANI
SIK: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk sentiasa membuat laporan polis berhubung isu pajakan membabitkan negeri itu dan Pulau Pinang.
Menurut beliau, pemimpin DAP berkenaan juga adalah seorang individu yang 'buta sejarah' dan tidak memahami proses bayaran bagi pajakan negeri Pulau Pinang kepada Kedah.
"Saya ada fakta (yang betul)… faktanya adalah bayaran pajakan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan bagi pihak Pulau Pinang, RM10juta (tambah) RM10,000 (kepada Kedah), (sekali lagi saya sebut) ia bagi bayaran pajakan Pulau Pinang kepada Kedah.
"Kalau (betul Pulau Pinang) tidak dipajak, (Kerajaan Persekutuan) bayar buat apa? Rayer itu (sebenarnya) buta sejarah, tidak tahu apa (berkaitan pajakan ini),
"(Biar Rayer) pergi report (lapor) polis… report 100 kali (pun) saya tidak peduli, fakta (atau sejarah sebenar) dia macam itu, (tolong) beritahu dia pergi report 100 kali lagi," bidas Muhammad Sanusi.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, RSN Rayer membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah itu kerana mempersoalkan kedaulatan Pulau Pinang pada 9 Februari lalu.
Menurut Rayer, tindakan Muhammad Sanusi dianggap sebagai ‘sangat melampau’ apabila mempertikai kedaulatan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang telah ditubuh dan diiktiraf mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Rayer merujuk kepada video di TikTok yang memaparkan Muhammad Sanusi yang didakwa mempersoalkan kedaulatan Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa "negeri itu dipajak dari Kedah".
Topic Berkaitan
#Pulau Pinang dipajak
#Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#RSN Rayer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan