awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir Sipitang: 195 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini
Cadangan Super Apps, pencapaian program Rakan Muda antara tumpuan Dewan Rakyat
UM siasat dakwaan pensyarah kanan terlibat Freemason
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Memenangi perang ideologi menentang militan adalah lebih utama - PM Najib

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/06/2017
01:37 MYT
Memenangi perang ideologi menentang militan adalah lebih utama - PM Najib
"Jika kita hendak memerangi ancaman ini (militan Daish) bukanlah dengan aset, bala tentera, polis dan kuasa-kuasa penangkapan sahaja." - Foto Bernama
Usaha memerangi militan Daish bukan hanya melibatkan aset ketenteraan dan penangkapan, kata Perdana Menteri.
Sebaliknya Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan memenangi perang ideologi perlu menjadi keutamaan dalam memberi pemahaman Islam yang sebenar.
"Jika kita hendak memerangi ancaman ini (militan Daish) bukanlah dengan aset, bala tentera, polis dan kuasa-kuasa penangkapan sahaja.
"Sebaliknya lebih kepada memenangi perang ideologi. Untuk mereka memahami apa itu Islam sebenarnya," jelasnya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Mengulas kejadian siri serangan yang berlaku di beberapa negara baru-baru ini, Najib menzahirkan rasa sedih terhadap kejadian yang berlaku.
"Kalau kita tengok apa yang berlaku di Kabul, Manchester, London, Marawi, Manila dan Jakarta amat menyedihkan.
"Ini ancaman yang sangat serius. Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku di negara kita," katanya.
Justeru, beliau mahu ajaran Islam yang sebenar sentiasa diterapkan sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan sejahtera.
Topic Berkaitan
#daish
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#militan
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan