awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mempolitikkan kesihatan: 'Virus media sosial' lebih bahaya

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/01/2020
12:20 MYT
Mempolitikkan kesihatan: 'Virus media sosial' lebih bahaya
Orang ramai diingatkan untuk tidak mempolitikkan sebarang isu kesihatan terutama apabila ia melibatkan krisis di peringkat global. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Orang ramai diingatkan untuk tidak mempolitikkan sebarang isu kesihatan terutama apabila ia melibatkan krisis di peringkat global.
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata apabila ia dipolitikkan, ia bukan sahaja menjejaskan negara malah, merendahkan moral kakitangan kesihatan.
"Jadi apa yang kita risau ialah kesihatan dipolitikkan, disosialkan dan dipolemikkan. Itu yang berlaku sekarang. Perkara ini merosakkan negara, mengganggu kesihatan rakyat dan kadangkala merendahkan moral atau semangat pekerja kesihatan.
"Asyik kena kritik, itu salah, ini salah, tak buat itu ini sebagainya. Pekerja kesihatan ini yang bertugas tak kira masa, apabila berlaku perkara itu, ia akan melemahkan semangat dan akhirnya rakyat juga yang rugi," katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
Menyifatkan kemelut dan pergeseran pandangan di media sosial dalam kalangan netizen dan pemimpin politik sebagai 'virus', Dr Zainal mahu pemikiran terbuka dan matang dalam menilai sesuatu perkara sebelum ia dikongsikan.
"Saya nasihat kepada orang awam, yang tidak tahu atau kurang faham, baca dan ikut rujukan yang sahih, pihak berkuasa.
"Kepada mereka yang cerdik pandai seperti saintis, profesional, orang yang berpelajaran lebih ini, kita rujuk perkara itu dengan betul berdasarkan rujukan saintifik yang sahih dan kita sebarkan.
"Jangan kita terlalu cepat sebarkan satu kenyataan. Itu yang paling penting. Semak, sahkan dan kongsikan dalam sosial media kerana sekarang ini satu penyakit di mana virus media sosial lebih bahaya daripada virus Wuhan (novel koronavirus) nanti," katanya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Topic Berkaitan
#Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
#Kementerian Kesihatan
#media sosial
#mempolitikkan kesihatan
#novel koronavirus
#Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan