awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Meninggal dunia sebelum sempat ambil daging korban

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2022
14:07 MYT
Meninggal dunia sebelum sempat ambil daging korban
Polis menerima laporan berhubung keadaan seorang penerima daging korban, Abd Malik Bakar, 55, yang tidak sedarkan diri pada jam 11.05 pagi. - Gambar/ Sinar Harian
ALOR GAJAH: Seorang lelaki tidak sempat mengambil agihan daging korban di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Masjid Tanah Melaka selepas tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima laporan berhubung keadaan seorang penerima daging korban, Abd Malik Bakar, 55, yang tidak sedarkan diri pada jam 11.05 pagi.
"Semakan lanjut mendapati terdapat majlis agihan daging korban anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang turut sama dihadiri Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
"Ketika majlis berlangsung, nama lelaki berkenaan telah dipanggil tetapi tiada sahutan. Seterusnya penganjur mendapati dia telah tidak sedarkan diri lalu dibaringkan di atas sofa," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, pegawai khas kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah telah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan rawatan awal.
"Setengah jam kemudian, ambulans dari Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru sampai ke lokasi dan pemeriksaan dijalankan mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia," katanya.
Tambah Arshad, bedah siasat dijalankan bagi mengetahui sebab kematian lelaki berkenaan.
" Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Aidiladha
#penerima daging korban
#meninggal dunia
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan