awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menipu nama dan jawatan berkaitan KDN akan dikenakan tindakan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
26/09/2016
00:12 MYT
Menipu nama dan jawatan berkaitan KDN akan dikenakan tindakan
Masir mengesahkan tiada mana-mana individu terlibat pergaduhan itu berkhidmat dengan KDN.- Foto Bernama
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, individu yang sewenang-wenangnya menggunakan nama mana-mana kementerian bagi tujuan peribadi akan berdepan dengan tindakan undang-undang.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata demikian sebagai mengulas kes pukul yang didakwa menggunakan nama jawatan berkaitan KDN.
Masir berkata, beliau dan seorang lagi Timbalan Menteri, Datuk Nur Jazlan Mohamad sedia maklum mengenai perkara itu dan mengesahkan tiada mana-mana individu terlibat pergaduhan itu berkhidmat dengan KDN.
"Dia yang mengaku pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri adalah satu penipuan dan dia sengaja melakukan perkara tersebut bagi tujuan yang tidak elok.
“Individu tersebut tidak pernah berkhidmat dengan saya atau Datuk Nur Jazlan, siapa yang berbuat demikian kita serahkan kepada undang-undang dan polis agar tindakan,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Jumaat, mangsa Mohd Adli Effendy Mohd Zaki dipukul sekumpulan lima lelaki sehingga menyebabkan kecederaan.
Memetik laporan polis yang dibuat Mohd Adli Effendy, kumpulan lelaki itu telah mengheret dan memaksa anaknya masuk ke dalam kereta untuk diserahkan semula kepada bekas isterinya.
Lima individu terbabit ditahan polis pada hari yang sama dan dibebaskan dengan jaminan polis pagi Sabtu.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Topic Berkaitan
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#masir kujat
#Mohd Adli Effendy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan