awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mentega kacang Skippy di M'sia tidak terbabit arahan penarik balikan - Kementerian Kesihatan

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2015
03:36 MYT
Mentega kacang Skippy di M'sia tidak terbabit arahan penarik balikan - Kementerian Kesihatan
Menurut laman sesawang FDA Amerika Syarikat produk tertentu mentega kacang Skippy dikhuatiri tercemar dengan serpihan logam halus. - Foto AFP
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan kerajaan sedang memantau dan melarang pengimportan produk tertentu mentega kacang SKIPPY yang dilaporkan ditarik balik penjualannya di Amerika Syarikat sebagai langkah berjaga-jaga.
Produk terbabit bagaimanapun tidak diedarkan di negara ini.
Penarikan balik secara sukarela dan terhad oleh Syarikat Hormel Foods Sales LLC itu diumumkan menerusi satu notifikasi di laman sesawang pihak berkuasa kesihatan negara itu, U.S. Food and Drug Administation (USFDA) di www.fda.gov.
“Penarikan adalah terhadap sejumlah batch produk mentega kacang SKIPPY® Reduced Fat Creamy Peanut Butter Spread yang diedarkan di kawasan Georgia, Virginia, Alabama, North Carolina, South Carolina, Delaware dan Arkansas, Amerika Syarikat.
“Ia berikutan dikhuatiri tercemar dengan serpihan logam halus,” kata satu kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan hari ini.
Batch yang terlibat adalah pembungkusan 16.3 ounce jars, ”Best If Used By” iaitu DEC1416LR1 dengan UPC code 37600-10500.
Syarikat DKSH yang mengimport dan mengedarkan produkSKIPPY® Peanut Butter di Malaysia juga mengesahkan bahawa produk terbabit yang dipanggil balik di Amerika Syarikat hanya diedarkan ke tujuh (7) negeri di Amerika Syarikat seperti yang dinyatakan di atas dan produk terbabit tidak diedarkan ke negara lain termasuk Malaysia.
Topic Berkaitan
#FDA
#Kementerian Kesihatan
#mentega kacang
#Skippy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan