awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Kabinet seru perpaduan, kesederhanaan sempena Aidilfitri

Astro AWANI
Astro AWANI
19/03/2026
14:33 MYT
Menteri Kabinet seru perpaduan, kesederhanaan sempena Aidilfitri
Beberapa menteri Kabinet menyampaikan ucapan Aidilfitri dengan menekankan kepentingan perpaduan, nilai kekeluargaan dan kesederhanaan dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Beberapa menteri Kabinet menyampaikan ucapan Aidilfitri dengan menekankan kepentingan perpaduan, nilai kekeluargaan dan kesederhanaan dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menerusi hantaran Facebook berkata, Aidilfitri merupakan platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan serta silaturahim antara penganut pelbagai agama.
“Hari Raya merupakan platform terbaik untuk mengeratkan hubungan jiran tetangga serta menjadi medan membina keharmonian dalam masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, kekuatan Malaysia terletak pada sikap saling menghargai dan menyokong antara satu sama lain.
“Marilah kita mengekalkan nilai ini dan tidak membiarkan pandangan negatif, stereotaip atau prasangka mempengaruhi kita. Percaya antara satu sama lain adalah asas perpaduan dan keharmonian yang kukuh,” katanya.
Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan pula berkata, Aidilfitri mengingatkan rakyat untuk kembali kepada nilai asas kehidupan seperti keluarga, kasih sayang dan kebersamaan.
Beliau turut menekankan keunikan tradisi rumah terbuka yang menjadi simbol perpaduan tanpa mengira agama dan latar belakang.
“Inilah keindahan sebenar Malaysia apabila tangan dihulur untuk bersalaman, dan senyuman dikongsi bersama,” katanya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Syawal perlu diraikan dengan kesederhanaan, keinsafan dan keikhlasan.
“Aidilfitri bukan sekadar dirai dengan kegembiraan, tetapi menjadi ruang untuk kita kembali kepada fitrah, mengeratkan silaturahim serta saling memaafkan dengan hati yang tulus,” katanya.
Beliau berkata, Ramadan yang dilalui sebelum ini merupakan madrasah terbaik dalam membentuk jiwa dan memperkukuh iman.
“Semoga Syawal yang mulia ini mengikat hati-hati kita dengan ukhuwah yang lebih erat dan menyatukan kita dalam kasih sayang berpanjangan,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri 2026
#Aaron Ago Dagang
#Ramanan Ramakrishnan
#Armizan Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan