awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri Pertahanan Lee sahkan semula sokongan untuk syarikat pertahanan Korea Selatan di LIMA '23

Bernama
Bernama
24/05/2023
14:02 MYT
Menteri Pertahanan Lee sahkan semula sokongan untuk syarikat pertahanan Korea Selatan di LIMA '23
Lee membuat kenyataan itu pada Selasa selepas melawat gerai pameran Korea Aerospace Industries Ltd., Hyundai Heavy Industries Co. dan lain-lain. - Gambar Bernama
SEOUL: Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup mengesahkan semula sokongan kerajaan untuk eksport senjata dalam pertemuan dengan pegawai syarikat pertahanan negara itu yang menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA'23) .
Lee membuat kenyataan itu pada Selasa selepas melawat gerai pameran Korea Aerospace Industries Ltd., Hyundai Heavy Industries Co. dan lain-lain, lapor Agensi Berita Yonhap, memetik kementerian itu.
"Eksport pertahanan baru-baru ini melangkaui hanya sistem senjata dan apabila skop berkembang kepada penyelidikan dan pembangunan bersama, kerjasama teknologi dan bidang lain menjadi lebih kompleks, kerjasama antara syarikat pertahanan dan kerajaan adalah penting," kata Lee.
Semasa mesyuarat itu, pegawai syarikat meminta bantuan daripada tentera dalam ujian dan penilaian produk serta langkah sokongan lain, manakala Lee menjelaskan bahawa langkah sokongan sedang dijalankan oleh kerajaan, seperti mengukuhkan bantuan kewangan.
Lee tiba di Malaysia pada Isnin untuk lawatan empat hari dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada hari berikutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#langkah sokongan
#eksport
#LIMA'23
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan