awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Menteri PN utus surat kepada Agong bantah PRU15 tahun ini

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
06/10/2022
02:55 MYT
Menteri PN utus surat kepada Agong bantah PRU15 tahun ini
Selain PN, gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) juga turut membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk mengadakan PRU15 lebih awal. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Anggota Kabinet Bersatu dan Pas dilaporkan menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah gesaan pemimpin UMNO yang mahu Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum lebih awal tahun ini.
Lapor MalaysiaNow, 12 menteri daripada kedua-dua parti itu dari gabungan Perikatan Nasional (PN) menandatangani surat bertarikh 3 Oktober kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bagi menunjukkan Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan membubarkan Parlimen.
Dilaporkan, surat yang diterima Istana semalam, antara lain memetik ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai Monsun Timur Laut yang akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negeri-negeri di Malaysia terutama di pantai timur.
Selain itu, surat itu turut memaklumkan mengenai tekanan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.
Selain PN, gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) juga turut membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk mengadakan PRU15 lebih awal.
Tegas mereka, tumpuan harus diberikan kepada pemulihan ekonomi selepas pandemik, selain persediaan menghadapi banjir tahunan.
Penggal Parlimen ke-15 dijadualkan tamat pertengahan tahun hadapan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.
BACA: PM menghadap Agong: Istana Negara jadi tumpuan hari ini
Pertemuan itu bakal menjawab sama ada ia rutin biasa bagi menyembah maklum keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet termasuk Bajet 2023, atau pun turut mempersembahkan tarikh pembubaran Parlimen kepada Baginda.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Yang di-Pertuan Agong
#PRU15
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan