awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tangguh PRN Johor, Melaka pandangan peribadi, bukan pendirian BN - Ahmad Zahid
Malaysia kekal pendirian bebas, berani nyata kebenaran di peringkat global - Anwar
MIC masih kekal parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir berjaya dapatkan semula 13 artifak diseludup dari AS

Bernama
Bernama
18/04/2026
03:43 MYT
Mesir berjaya dapatkan semula 13 artifak diseludup dari AS
Mesir enegaskan komitmen untuk memulihkan semua barangan antik yang diseludup dengan semua kaedah yang ada dan dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsa. - Gambar hiasan
Mesir berjaya mendapatkan semula 13 artifak yang diseludup secara haram dari Amerika Syarikat (AS), kata Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir pada Jumaat dalam kenyataan, lapor Xinhua.
Menteri Sherif Fathy berkata usaha itu adalah sebahagian strategi Mesir untuk memelihara warisan budayanya yang unik.
Beliau menegaskan komitmen negara untuk memulihkan semua barangan antik yang diseludup dengan semua kaedah yang ada dan dengan kerjasama rakan kongsi antarabangsa demi memastikan perlindungan warisan manusia itu untuk generasi akan datang.
Barangan yang ditemui termasuk pelbagai jenis pasu yang digunakan untuk bermacam tujuan, menurut Ketua Pengarah Jabatan Penghantaran Balik Antikuiti Shaaban Abdel-Gawad.
Barangan terkenal termasuk balang alabaster untuk minyak dan minyak wangi sejak abad ketujuh sebelum Masihi, bekas celak (kohl) berbentuk monyet Kerajaan Baru dan balang kosmetik Kerajaan Pertengahan berbentuk kucing, antara lain, katanya.
Penghantaran balik terbaru itu menandakan satu lagi kejayaan bagi kempen global Mesir untuk menuntut semula warisan yang dicuri.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, negara itu telah mendapatkan semula puluhan ribu barangan antik yang diseludup dari pelbagai negara.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Mesir
#artifak seludup
#Amerika Syarikat
#penyeludupan artifak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan