awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesir, Malaysia setuju majukan lagi hubungan dua hala

Bernama
Bernama
03/02/2022
12:21 MYT
Mesir, Malaysia setuju majukan lagi hubungan dua hala
Rundingan Dua Hala itu meneroka langkah-langkah penting dalam meningkatkan hubungan Kaherah-Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Mesir dan Malaysia bersetuju mengenai kepentingan memajukan hubungan dua hala dan membuka peluang baharu untuk kerjasama di semua peringkat.
Perkara itu dipersetujui pada Rundingan Politik Dua Hala baru-baru ini antara kedua-dua negara yang diadakan di Kaherah pada 30 Januari lalu.
Input mesyuarat itu disediakan kepada Bernama oleh Kedutaan Mesir di Malaysia.
"Rundingan itu menyaksikan perbincangan menyeluruh antara Mesir dan Malaysia dalam semua bidang kerjasama di peringkat politik, pendidikan, budaya, ekonomi dan komersil, serta mengkaji pendirian kedua-dua negara dalam pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," kata kedutaan itu.
Julung kali diadakan antara kedua-dua negara, Rundingan Dua Hala itu meneroka langkah-langkah penting dalam meningkatkan hubungan Kaherah-Kuala Lumpur.
Delegasi Mesir diketuai oleh Timbalan Menteri Luar untuk Hal Ehwal Asia Ayman Kamel manakala delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri M. Shahrul Ikram Yaakob.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Mesir
#kerjasama
#pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan