awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mesyuarat EAC bincang usaha giatkan semula perniagaan, rancakkan pelaburan

Bernama
Bernama
05/08/2019
21:07 MYT
Mesyuarat EAC bincang usaha giatkan semula perniagaan, rancakkan pelaburan
Isu seperti pembiayaan perumahan, tahap keberhutangan isi rumah dan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana juga turut dibincangkan. - Gambar hiasan
Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) pada Isnin mengadakan mesyuarat kali kelima bagi membincangkan cadangan yang boleh dilaksanakan segera untuk menggiatkan semula aktiviti perniagaan serta merancakkan pelaburan domestik.
Urus Setia EAC, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam kenyataannya pada Isnin berkata mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu turut membincangkan cadangan usaha untuk meningkatkan perbelanjaan isi rumah.
"Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan momentum pertumbuhan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu," menurut kenyataan itu.
Isu seperti pembiayaan perumahan, tahap keberhutangan isi rumah dan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana juga turut dibincangkan, katanya.
Mesyuarat EAC pada Isnin juga membincangkan cadangan penambahbaikan Dasar Pendidikan Negara dengan melibatkan semakan semula dasar pendidikan daripada peringkat prasekolah sehingga universiti, menurutnya.
"Cadangan ini akan dibuat dengan mengambil kira pandangan dan input daripada semua pihak pemegang taruh dan pelbagai lapisan masyarakat," katanya.
Menurut kenyataan itu, kesejahteraan hidup rakyat turut diberi perhatian.
"Sejajar dengan hasrat itu, Program Sarapan Pagi (PSP) sekolah di bawah Kementerian Pendidikan dibincangkan ke arah mewujudkan amalan gaya hidup sihat terutama dalam kalangan murid di peringkat awal persekolahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dasar Pendidikan Negara
#EAC
#ekonomi
#hutang
#kesejahteraan hidup
#Majlis Tindakan Ekonomi
#mesyuarat
#pelaburan
#pelaburan domestik
#pembiayaan perumahan
#perniagaan
#perumahan
#Program Sarapan Pagi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan