Meta kuasai 70 peratus pasaran iklan media sosial global — Omdia

Laporan terbaharu firma penyelidikan Omdia mendapati Meta mendominasi pasaran berkenaan dengan menguasai kira-kira 70 peratus daripada jumlah tersebut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform pengiklanan media sosial terbesar di dunia. -Gamba
EMPAT platform media sosial utama iaitu Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok kini menguasai lebih 90 peratus daripada keseluruhan hasil pengiklanan media sosial di peringkat global.
Laporan terbaharu firma penyelidikan Omdia mendapati Meta mendominasi pasaran berkenaan dengan menguasai kira-kira 70 peratus daripada jumlah tersebut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai platform pengiklanan media sosial terbesar di dunia.
Meskipun ekonomi global berdepan ketidaktentuan serta kesan daripada konflik geopolitik dan krisis tenaga, sektor pengiklanan media sosial dijangka berkembang 19 peratus pada tahun ini.
Trend peningkatan itu diunjur berterusan sehingga perbelanjaan iklan global melepasi AS$1.6 trilion (kira-kira RM7.6 trilion) menjelang 2030, dengan AS$1.5 trilion (kira-kira RM7.1 trilion) daripadanya disumbangkan oleh iklan dalam talian.
Laporan sama menyebut iklan video di media sosial dijangka menyumbang 40 peratus daripada hasil televisyen dan video global menjelang 2030.
Dalam tempoh yang sama, iklan menerusi televisyen pintar diramal mengatasi televisyen tradisional pada dekad 2030-an, didorong pertumbuhan syarikat teknologi gergasi seperti Amazon, Netflix dan Google.
Peralihan ini menyaksikan penyiar tradisional terus kehilangan pegangan pasaran secara ketara daripada 43 peratus pada 2020 kepada hanya 25 peratus menjelang 2030.
Perkembangan tersebut turut menjelaskan peningkatan kekerapan iklan di platform digital, selain mendorong lebih ramai golongan muda menceburi bidang pempengaruh bagi merebut peluang dalam pasaran pengiklanan global yang bernilai besar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
