awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MetMalaysia kendali 80 sensor seismik kesan aktiviti gempa dalam negara, serantau

Bernama
Bernama
29/03/2025
09:45 MYT
MetMalaysia kendali 80 sensor seismik kesan aktiviti gempa dalam negara, serantau
Mohd Hisham berkata pada masa sama, seluruh negara di dunia juga berkongsi data daripada sensor mereka untuk makluman bersama. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengoperasikan 80 sensor seismik di seluruh negara setakat ini, bagi mengesan sebarang aktiviti gempa bumi dalam negara dan serantau.
Ketua Pengarahnya Mohd Hisham Mohd Anip berkata pada masa sama, seluruh negara di dunia juga berkongsi data daripada sensor mereka untuk makluman bersama.
"Setakat ini MetMalaysia juga mengoperasikan 83 siren tsunami yang terletak di lokasi yang terdedah kepada tsunami di seluruh negara.
"Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) berupaya untuk menyalurkan maklumat gempa bumi kepada orang awam dalam tempoh lapan minit selepas dikesan oleh sensor," katanya ketika dihubungi Bernama.
SAATNM berperanan mengesan gempa bumi yang berlaku di rantau ini dan seterusnya mengeluarkan maklumat gempa bumi serta nasihat atau amaran jika ia berpotensi menjana ombak tsunami.
Semalam, Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar pada kedalaman 10 kilometer dan beberapa minit kemudian, gempa susulan berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda kawasan yang sama.
Gegaran kedua-dua gempa turut dirasai di Chiang Mai, Bangkok dan Ho Chi Minh, Vietnam
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Malaysia
#Myanmar
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan